Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang & Tautan Perpaduan Aidilfitri Peringkat Kawasan Rukun Tetangga Daerah Pasir Puteh Tahun 2015

16 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Ogos 2015, Pusat Internet Selising menyertai Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Tautan Perpaduan Aidilfitri Peringkat Kawasan Rukun Tertangga Daerah Pasir Puteh Tahun 2015 di Perkarangan Bazar MARA Selising. Program ini dirasmikan oleh YABrs. Puan Safidah Binti Abu Samah (Pengarah JPNIN Kelantan) dan dilancarkan oleh YB Zulkifle Bin Ali (ADUN Selising). Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim antara komuniti setempat dan kakitangan kerja di kawasan Selising dan Pasir Puteh dan menyedarkan penduduk tentang bulan kemerdekaan bagi memupuk semangat Sehati Sejiwa.

Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti:

- Edaran risalah PI Selising
- Perasmian Kempen Kibar Jalur Gemilang
- Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang
- Penyerahan bendera Jalur Gemilang kepada setiap KRT kawasan Pasir Puteh
- Penyerahan Hamper kepada setiap Tabika Perpaduan di kawasan Pasir Puteh
- Acara Karaoke
- Majlis jamuan hari raya

VIP yang hadir:

- YABrs. Puan Safidah Binti Abu Samah
- YB Zulkifle Bin Ali
- Pengetua Sekolah Menengah Selising
- Pengetua Sekolah Menengah Bukit Jawa
- Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 1
- Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2
- Puteri-Puteri Umno
- Wanita-wanita Umno
- Penghulu Kampung

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas